Malam ini 8 Mei terdetik bagiku untuk menulis blog kembali. ianya telah lama sunyi sebelum ini. rasanya nak dekat setahun tidak menulis blog. mana tidaknya diri ini terlalu sibuk dengan kebendaan. salah satunya antaranya ialah gadjet yang tidak pernah lekang di tangan. diri yang terlalu lalai mengingati Tuhan, waktu sembahyang yang tidak diambil beratkan, sedangkan ianya asas utama dalam kehidupan. kita sendiri tahu kelebihan solat, dengan solatlah kita dapat mendekatkan diri kita dengan Allah Taala, dengan solatlah segala urusan dipermudahkan oleh Allah, dan dengan solatlah dapat mengubah kita menjadi insan yang baik. tetapi apakan daya, hakikat sebenar di dalam solat itu sangat susah diperolehi. semoga kita diberi hidayah untuk memperbaiki lagi solat kita.. Amin
Sebenarnya bukan ceramah yang inginku bicara disini, tetapi dah alang-alang aku terfikirkannya apa salahnya aku bicarakannya sekali.
kembali kepada tajuk, iaitu saat-saat paling berharga dalam kehidupan. Setiap insan mempunyai kenangan yang indah, dan ianya akan terpahat di dalam memori ingatan yang paling jauh di lubuk ingatan dan ianya akan diingati sampai bila-bila. apabila mengingatinya kita akan tersenyum kembali. betapa berharganya saat-saat di waktu itu.
Selama aku hidup tidak pernah sekalipun aku bertemu janji dengan perempuan. jarang sekali aku berhubung dengan wanita. sehingga suatu saat hatiku betul-betul telah jatuh hati pada seseorang. beliau dalam diam telah mengubah kehidupanku. dari saat itu aku asyik mendoakannya. tidak pernah terlepas walau satu waktu pun selepas sembahyang selain mengingati namanya."Ya Allah, aku bersungguh-sungguh inginkan dia disampingku.. setulus ikhlas aku mencintainya".. rupanya inilah perasaan yang orang lain rasakan. nikmat kebahagiaan yang terlalu indah. aku berharap di dalam doa supaya Allah memakbulkan permintaanku. disamping itu, aku berusaha sedaya upaya untuk mendapatkannya. dari hari demi hari bulan ke bulan tahun ke tahun aku berusaha untuk mendapatkannya. sehinggalah suatu saat aku mengumpulkan segala kekuatanku untuk berjumpa dengannya. dua tahun hanya berhubung di media sosial, akhirnya inilah masanya. jiwaku bergetar tak tenteram, seharian aku membonceng motosikal untuk ke negeri kelahirannya. dan Alhamdulillah rezeki. Allah pertemukan aku dengannya. walaupun aku tersangatlah gugup, lagi-lagi melihatnya pertama kali dengan mata kepala sendiri, jantungku bagaikan hendak tercabut, tetapi aku berpura-pura tenang dan cuba sedaya upaya untuk tidak kelam kabut.
Inilah saat paling berharga dalam hidupku, melihatnya ketawa, membuatkan aku sangat cair, setiap renungannya, tutur bicaranya, semuanya menjadi sangat indah. Walaupun tutur bicaraku seperti kawan, tapi percayalah segala yang ku katakan itu adalah untuk menghiburkannya, dengan berbekalkan sedikit bakat dalam bidang jenaka aku membuatnya banyak ketawa.. saat itu barulah aku faham bahawa kaum adam sanggup melakukan apa sahaja demi kebahagiaan orang yang paling disayanginya..
Kini segalanya telah tamat, aku sudah menjadi seperti biasa kembali. tiada apa-apa perasaan terhadap wanita. walaupun tiada jodoh. aku redha dengan segala ketentuan Ilahi. percayalah pada qada' dan qadarnya. sesuatu perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya. aku berjalan mencari diri aku kembali. kehidupan yang terumbang-ambing. mencari sinar harapan yang baru. menunggu saat datangnya bahagia. berdiri dengan sendiri ketika diri diuji
dan ditimpa musibah.. tiada kata-kata semangat dari si dia melainkan nasihat untuk diri sendiri.. hinggabl suatu saat aku pasti akan mendapat kebahagiaan ku sendiri nanti.. Semoga ianya dipermudahkan.. Amin.. Wallahualam..
terima kasih kerana sudi membaca..
No comments:
Post a Comment