Wednesday, 27 July 2016

Pelajaran Cinta 1

Saja aku post, bukan aku sahaja, apa yang pernah ramai lalui, mungkin sebab aku takda rupa sangat, aku tahu dari dulu dah, tapi saja nak mencuba, kot-kot jodoh aku awal, hahaha, tapi tak pun.

Sebab tu sekarang aku dah sedar diri, tak nak lagi ada kaitan dengan semua ni, aku memang tak layak untuk dicintai. Mereput jelah setiap hari.

Saturday, 7 May 2016

Kenangan Indah

Malam ini 8 Mei terdetik bagiku untuk menulis blog kembali. ianya telah lama sunyi sebelum ini. rasanya nak dekat setahun tidak menulis blog. mana tidaknya diri ini terlalu sibuk dengan kebendaan. salah satunya antaranya ialah gadjet yang tidak pernah lekang di tangan. diri yang terlalu lalai mengingati Tuhan, waktu sembahyang yang tidak diambil beratkan, sedangkan ianya asas utama dalam kehidupan. kita sendiri tahu kelebihan solat, dengan solatlah kita dapat mendekatkan diri kita dengan Allah Taala,  dengan solatlah segala urusan dipermudahkan oleh Allah, dan dengan solatlah dapat mengubah kita menjadi insan yang baik. tetapi apakan daya, hakikat sebenar di dalam solat itu sangat susah diperolehi. semoga kita diberi hidayah untuk memperbaiki lagi solat kita.. Amin

Sebenarnya bukan ceramah yang inginku bicara disini, tetapi dah alang-alang aku terfikirkannya apa salahnya aku bicarakannya sekali.

kembali kepada tajuk, iaitu saat-saat paling berharga dalam kehidupan. Setiap insan mempunyai kenangan yang indah, dan ianya akan terpahat di dalam memori ingatan yang paling jauh di lubuk ingatan dan ianya akan diingati sampai bila-bila. apabila mengingatinya kita akan tersenyum kembali. betapa berharganya saat-saat di waktu itu.

Selama aku hidup tidak pernah sekalipun aku bertemu janji dengan perempuan. jarang sekali aku berhubung dengan wanita. sehingga suatu saat hatiku betul-betul telah jatuh hati pada seseorang. beliau dalam diam telah mengubah kehidupanku. dari saat itu aku asyik mendoakannya. tidak pernah terlepas walau satu waktu pun selepas sembahyang selain mengingati namanya."Ya Allah, aku bersungguh-sungguh inginkan dia disampingku.. setulus ikhlas aku mencintainya".. rupanya inilah perasaan yang orang lain rasakan. nikmat kebahagiaan yang terlalu indah. aku berharap di dalam doa supaya Allah memakbulkan permintaanku. disamping itu, aku berusaha sedaya upaya untuk mendapatkannya. dari hari demi hari bulan ke bulan tahun ke tahun aku berusaha untuk mendapatkannya. sehinggalah suatu saat aku mengumpulkan segala kekuatanku untuk berjumpa dengannya. dua tahun hanya berhubung di media sosial, akhirnya inilah masanya. jiwaku bergetar tak tenteram, seharian aku membonceng motosikal untuk ke negeri kelahirannya. dan Alhamdulillah rezeki. Allah pertemukan aku dengannya. walaupun aku tersangatlah gugup, lagi-lagi melihatnya pertama kali dengan mata kepala sendiri, jantungku bagaikan hendak tercabut, tetapi aku berpura-pura tenang dan cuba sedaya upaya untuk tidak kelam kabut.

Inilah saat paling berharga dalam hidupku, melihatnya ketawa,  membuatkan aku sangat cair, setiap renungannya, tutur bicaranya, semuanya menjadi sangat indah. Walaupun tutur bicaraku seperti kawan, tapi percayalah segala yang ku katakan itu adalah untuk menghiburkannya, dengan berbekalkan sedikit bakat dalam bidang jenaka aku membuatnya banyak ketawa.. saat itu barulah aku faham bahawa kaum adam sanggup melakukan apa sahaja demi kebahagiaan orang yang paling disayanginya..

Kini segalanya telah tamat, aku sudah menjadi seperti biasa kembali. tiada apa-apa perasaan terhadap wanita. walaupun tiada jodoh. aku redha dengan segala ketentuan Ilahi. percayalah pada qada' dan qadarnya. sesuatu perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya. aku berjalan mencari diri aku kembali. kehidupan yang terumbang-ambing. mencari sinar harapan yang baru. menunggu saat datangnya bahagia. berdiri dengan sendiri ketika diri diuji
dan ditimpa musibah.. tiada kata-kata semangat dari si dia melainkan nasihat untuk diri sendiri.. hinggabl suatu saat aku pasti akan mendapat kebahagiaan ku sendiri nanti.. Semoga ianya dipermudahkan.. Amin.. Wallahualam..

terima kasih kerana sudi membaca..


Wednesday, 8 July 2015

ANTARA JODOH DAN KERJAYA

ini antara apa yang saya kaji antara jodoh dan kerjaya.

Ada segelintir manusia yang mementingkan cinta .

Ada juga segelintir manusia yang sangat sibuk dengan kerjaya.

Dan apa yang saya nak bagitahu disini ialah yang mana satu perlu kita dahulukan?

anak yang berkeinginan berumah tangga awal selalunya ditolak mentah-mentah apabila membicarakan keinginan untuk berkahwin muda. mereka ni belajar biasa biasa saja. bekerja diusia awal.
Kalau mengikut adat melayu , agaknya kita sudah faham, ramai diantara mak ayah kita akan memberitahu pada anaknya bahawa kerjaya itu lebih penting berbanding soal jodoh.

sedangkan anak yang cerdik kebanyakannya lagi suka belajar dari memikir soal cinta dan jodoh. kerana itu kepakaran mereka. kelebihan yang Allah beri padanya. mereka ni sendiri akan digalakkan ibu bapa untuk berkahwin kerana khuatir risau anaknya terlajak usia belajar sehingga terlupa bab kahwin.

itu semua adalah lumrah.

ada orang boleh berjaya dengan sendiri. mereka tentu dari keluarga yang baik baik dan pandai menguruskan kehidupan.

ada orang perlukan bimbingan dan dorongan agar dapat berdiri. mereka ini bukannya lemah. tetapi diberi ujian lebih dari Allah SWT.

kita boleh lihat contoh paling senang. lihat golongan artis. kebanyakan dari mereka sangat mementingkan career berbanding soal jodoh. walaupun berlakon kisah cinta. tapi tetap takde rasa feel nak bercinta. bila ditanya oleh media. mereka akan cakap apa? "pasal jodoh ni saya nak hold dulu, sebab buat masa sekarang saya nak kejar kerjaya". dah fahamkan golongan ini? 

bagi saya ciri-ciri sifat diatas ni lebih kurang macam bersifat serius,matang,pandai, dan lain lain lagi.

contoh bagi orang lebih memerlukan cinta dan kasih sayang boleh kita lihat pada orang biasa. mereka ini lebih dambakan kasih sayang dari harta dan kekayaan. malah mereka tak kisah hidup sederhana . asalkan dapat bersama dengan orang yang mereka sayang. inilah antara orang yang memilih kasih sayang berbanding kerjaya.

ciri ciri sifat untuk ini pulak ialah manja, nakal, tak matang, dan selainnyalah. haha.

bagi saya dua dua tidak salah. dan saya yakin ramai diantara kita lebih mementingkan soal jodoh berbanding kerjaya.

so nak pilih yang mana terpulanglah pada anda. ingat. dua dua tidak salah. islam pun menggalakkan umatnya berkahwin awal.hehe

apa apa pun terima kasih sebab membaca.

Monday, 7 July 2014

HIDAYAH UNTUK UMAT

Assalamualaikum.


Betapa bertuahnya kita manusia dilahirkan sebagai umat islam,Allah beri kita nikmat iman free sahaja,hanya disebabkan apa? Cuma disebabkan nenek moyang kita dulu islam,kita secara automatiknya menjadi islam juga,Sedarlah tuan puan,Allah S.W.T,dah menjanjikan syurga bagi sesiapa sahaja yang ada iman walau sebesar zarah sekali pun,dan balasan untuk itu adalah sepuluh kali ganda dunia.

Tapi sedar tak tuan puan.lagi ramai manusia yang masih tak beriman.

Berjuta juta lagi manusia hidup tanpa iman,tanpa kalimah.

Setiap hari beribu-ribu mati tanpa kalimah.

Sedangkan pada zaman Rasullullah dahulu,nabi menangis melihat jenazah seorang kafir.

Para sahabat pelik melihat dan bertanya."ya Rasullullah kenapa kamu menangis ya Rasulullah.jenazah ini seorang kafir ya Rasullullah,Kenapa perlu menangis ya Rasulullah?

Baginda menjawab."aku tak sempat memberi peringatan kepadanya dan ianya telah pun pergi,kelak aku akan dituntut kerana tidak menyampaikan ajaran kepadanya.

Sedarlah tuan puan.



Ramai yang ingin tapi tak dipilih.

Kebanyakan daripada mereka perlu dibimbing.

Tapi siapa yang boleh tolong mereka?

Orang islam sendiri berada didalam kejahilan.

Siapa boleh bantu mereka?

kalau bukan kita.




Suatu ketika satu jemaah tabligh dibentuk dan dihantar ke jepun untuk tujuan berdakwah

Alhamdulillah dengan taufiq hidayah dari Allah.

Seorang pemuda ini akhirnya masuk islam.

Tapi pada suatu hari pemuda itu mengajak jemaah itu ke suatu tempat.

Jemaah itu pun mengikutinya.

Tiba diperkuburan cina.


Sebak pemuda itu di satu kubur,menangis dengan teresak-esak.

setelah lama menangis disitu akhirnya ia bersuara kepada jemaah disitu.

Ini adalah kubur ibu saya,ibu saya mati tanpa iman.

Dengan hati yang kesal dia memberitahu.

Kemudian menyambung kembali bicara.

Diakhirat nanti aku akan tuntut kepada kamu semua..

Kerana datang setelah ibu saya pergi.

Jemaah itu hanya menunduk kepala.dan hanya meminta maaf.

Tengokk betapa besarnya tanggungjawab kita sebagai umat islam.

teramat besar tanggungjawab kita di dunia ini.



Sedarlah tuan puan.terlalu ramai yang masih inginkan hidayah tapi tak dipilih,betapa beruntungnya dilahirkan sebagai seorang islam,tau tak betapa susahnya seseorang yang bukan islam itu mencari kebenaran tentang suatu yang benar.mereka akan pergi ke tokong cina.patung buddha,dan macam macam lagi tempat semata mata nak cari kebenaran yang sebenar? Mereka sanggup dipulau keluarga hanya semata mata memilih islam.hati berkecamuk,jiwa tidak tenang.dan macam lagi ujian hanya semata mata hendak mencari kebenaran.

Rasa tidak adilkan diri kita kalau hendak dibandingkan dengan mereka seperti.?

Kita senang senang je dapat.FREE JE.

Mereka seperti ini berjuang habis habisan semata-mata untuk mencari cahaya dalam kehidupan.

Sedarlah dunia ini bukan tempat untuk bergembira.

Syurga adalah kampung halaman kita yang sebenar.

Perjalanan kita menuju kesana sangat jauh.

Disinilah kita bermula.

Dan disinilah kita berakhir.

Sama sama kita belajar perbaiki diri in sya Allah.
Salah silap dari saya harap dimaafkan.apa yang baik semuanya dari ini.

Kita ini cuma hamba yang hina.

Sekian. Tasbih kifarah. Wassalam.jazakallahukhairankasiraa.









Sunday, 6 July 2014

DIRI YANG TIDAK PANDAI

Assalamualaikum.    ^_^


Susah nak dikatakan,aku boleh memilih jalan seperti ini,apa benda tu? Hehe.

Teruskan baca yaa..

Walaupun tau citer ni boring..


Aku dalam dilema sama ada Mahu teruskan belajar sebagai mahasiswa diploma atau menangguhkan dulu semesta aku hanya untuk khursus bahasa arab yang ditawarkan oleh pihak KUIS.

Bagi yang tiada asas,akan diberi khursus bahasa arab selama enam bulan,kebanyakan daripada pelajar-pelajar adalah backgroundnya dulu sekolah yang bukan sekolah agama.

So pelajar pelajar yang tiada asas dalam bahasa arab kebanyakannya dimasukkan ke sini dahulu,sebelum diberi surat tawaran sebenar,selepas selesainya enam bulan berikut dengan syarat lepas exam bahasa arab.

Tetapi aku sudah dapat surat tawaran itu,dan sekarang sudah menjadi mahasiswa yang pemalas di KUIS ni.hahaha.

Tapi malangnya,antara enam ke tujuh subjek,3/4nya daripada keseluruhannya menggunakan bahasa arab aras tinggi dengan sepenuhnya.

So satu hapa pon aku tara paham..

Faham tak?

satu apa pun aku TAK FAHAM!!

hehehe.sebab tu aku ambik keputusan untuk menangguhkan dulu diploma Tahfiz wal Qiraat ini,walau pun aku nak cepat cepat habis,tak mau belajar lama lama,kita dah cukup tua dah,ada benda lain menanti kita didepan sana.mungkin jodoh,mungkin rezeki yang baik, in sya Allah,manalah kita tau kan? Perancangan Allah semua itu.

So walau pun berat dengan keputusan ini,tetap kena terima juga bahawa aku tak boleh nak lari buat selama-lamanya,walau pun diri ini dari kecil mendapat didikan agama,ditempatkan tempat yang mulia.aku kena belajar terima hakikatlah.

Bahasa arab aku pernah mindsetkan yang ianya senang tau,tapi bila belajar,aku tengok orang lain boleh faham sedangkan aku ni tak faham faham.last last aku ketinggalan di belakang,dan akhirnya aku menganggap bahasa Arab itu susah,walau pun nak kata ia senang tetapi kenyataannya aku tetap tak faham.




                                                               Pernah suatu ketika.

                                              Aku rasa malu sebab diri ini tidak pandai.

                                 Aku tak dapat ikut apa yang cikgu ajar kebanyakannya.

                         Sehingga pernah suatu hari aku give up dan tak mahu belajar lagi.

                              Tapi cikgu berhati mulia,nampak jiwa aku yang terpinggir itu.

                                   Cikgu panggil namaku Bukhari.dengan panggilan mesra.

                    Memanggilku duduk didepan dia,cikgu nak bantu aku sungguh sungguh katanya.






                    Aku berkata dalam hati,kalau cikgu biarkan aku sendiri pun cikgu tak rugi apa apa                                               pun,gaji pun masuk.buat apa nak ajar susah untuk orang yang tak pandai macam aku

Katanya kesian tengok aku terlepas pelajaran,sedang yang lain sudah jauh meninggalkan aku,

Sebak hati aku mendengarnya.

Terharu aku dengan niat mulia seorang cikgu yang betul betul ikhlas ingin membantu anak muridnya.

Kata cikgu padaku,'walau pun ada pelajar tak pandai,tapi ia tetap bersungguh-sungguh,cikgu rasa bangga sangat dapat murid macam ni,cikgu kesian tengok,sebab tu cikgu nak tolong sungguh-sungguh.

Asalkan kamu ada niat untuk belajar,cikgu sanggup tolong kamu walau pun terpaksa ambil masa lebih , untuk kamu berjaya, cikgu tak kisah.

cikgu buat aku betul betul nak menangis.

Aku tak mampu berkata apa apa.

Betapa bertuahnya dapat cikgu yang betul betul ikhlas nak membantu kita.


Waktu itu,cikgu ajar aku dari mula sampai habis.

Yang peliknya ilmu yang aku anggap susah tu masuk dalam kepala macam air deras.aku dapat faham dengan cepat.

Terima kasih buat cikgu cikgu aku yang tak putus putus memberi ilmu kepada aku juga semangat untuk belajar.

Alhamdulillah berkat ilmu yang cikgu ajar,aku dapat meneruskan pelajaran sehingga ke universiti,tempat yang aku ingin belajar dari dulu.

Tapi sebagai seorang pelajar,memang kita tak boleh lari dari masalah dan ujian.waktu kita sedang berhadapan dengan masalah ini,hanya satu saja yang boleh mendengar masalah kita,iaitu Allah S.W.T. ,Allah nak mendengar rintihan kita,sebab itu diberinya ujian,Allah nak tengok kepada siapa hambanya mengadu masalah.Allah rindu nak mendengar rintihan hambanya.

Kalau ada ujian datang menimpa,mengadu saja pada Allah,in sya Allah hati akan tenang.jiwa tenteram dan sebagainya.

Setakat ini saja untuk kali ini. Dah panjang sangat dah.terima kasih sebab sudi membaca walau pun tau cerita yang membosankan.

Sekian Wassalam.

Salam Ramadhan buat semua umat islam.












Monday, 2 June 2014

TIPS CARA MENGHAFAL AL-QURAN

Assalamualaikum

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

syukur kita kepada Allah kerana masih lagi diberikan nafas untuk meneruskan kehidupan di muka bumi ini,masih lagi diberi peluang untuk merebut amal kebajikan sebanyak mungkin sebelum bertemu Allah S.W.T

Di sini saya ingin mengajar sedikit cara cara,atau tips untuk menghafal Al-Quran.Semua tau bahawa bukan senang untuk dipilih untuk menghafal Al-Quran,tetapi saya nak bagi tahu juga cara-cara senang untuk menghafalnya,mana tau korang boleh buat ke kan?

untuk permulaan bacaan untuk memulakan hafalan,korang patut mula dari petang hari,sebagai contoh selepas asar korang target nak hafal semuka(bagi orang biasa),petang tu jugak korang kena baca berulang kali sehinggalah tiada tersekat langsung sewaktu membacanya,tetapi ingat,kebanyakan orang tak boleh menghafal di petang hari,sebab tu saya suruh lancarkan saja dulu.

1.untuk petang tu saja cuba ulang semuka yang korang nak hafal tu sebanyak 20,atau 30 kali,ingat,baca jangan baca sekali lalu je,pandang ayat tu betul-betul,baru senang nak ingat.tetapi jangan hafal dulu.sekadar lancarkan saja.

2.Lepas maghrib baru korang hafal gila-gila,waktu ni korang kena fokus sehabis mungkin,dalam 1 ayat tu kalau ada lebih kurang 2 baris,ulang-ulanglah sebanyak mungkin,lepas tu ingatkan balik satu persatu ayat dari baris pertama hingga  baris kedua(1 ayat),selagi tak hafal,jangan langkah,cukuplah sekadar korang boleh ingat untuk malam tu dulu,kerana lepas isyak korang akan lupa balik apa yang korang hafal.

3.Lepas isyak pula,korang ulang lagi apa yang korang hafal tadi,nk hafal ke taknak terpulang kepada korang,kerana lepas isyak paling susah nak hafal,kerana kita telah kepenatan setelah berhempas pulas untuk seharian,nasihat saya sekadar lancarkan balik apa yang dihafalnya tadi.

4.Sebelum subuh,target untuk bangun pukul 5 pagi,maknanya korang ada masa lebih kurang 40 ke 50 minit,waktu ni korang baca macam biasa je,kerana waktu ni kepala kita tengah kosong,mungkin korang baca tak sampai 10 kali in sya Allah korang dah boleh ingat,ingat satu persatu,sehinggalah subuh.

5.paling penting korang kena ingat kepala ayat,kerana apabila korang sudah menghafal,tetapi korang tak ingat ayat selepas tu,para-para penghafaz banyak lupa di kepala ayat,dan tersekat di situ,dan akhirnya terpaksa selesai disitu dan tak dapat meneruskan bacaan.sebab tu penting untuk ingat kepala ayat.

6.lepas subuh ,waktu ni kena perah otak sehabis mungkin,kerana apa yang korang baca tadi korang akan lupa balik,apabila sudah hafal yang atas,bawah pula akan lupa,apabila hafal bawah atas pula yang lupa,korang kena bertungkus lumus sewaktu ni,had waktu hafalan ialah pada jam 7.30 pagi bagi para tahfiz,bagi orang awam tidak kisah bila bila boleh hafal.

7.setelah 8.30 pagi,mungkin ada yang dah menghafal atau mungkin ada yang tak hafal lagi,waktu ni korang lancarkan lagi,dan setelah korang dah banyak dah korang hafal,waktu ni lah korang kena lancarkan apa yang korang dah hafal pada hari hari lepas,sebagai contoh hari ni dah masuk hari kelima korang menghafal,maknaya korang dah menghafal 5 muka surat,korang kenalah ingat waktu ni,hari hari kena baca,ingat Al-Quran ni senang sangat lupa,saya ni pun banyak yang saya dah lupa.

8.bila korang dah hafal 5,6 juzuk,korang kena membacanya lagi dipetang hari,selepas zohor,waktu ni hafalan dah melekat dah kat kepala korang,jangan risau,baca macam biasa je,sebab korang dah boleh nampak satu persatu dengan jelas ayat yang korang dah hafal berbulan-bulan lepas,paling minimum baca satu juzuk satu hari untuk petang.

agak-agaknya kan senang tak nak menghafal bagi orang awam?kalau ada suasana pun teramatlah sukar,kalau korang boleh buat,memang saya tabik korang memang orang yang hebat.

apa-apa pun sekadar inilah yang saya dapat share ilmu pengetahuan yang saya ada,harap korang dapat amalkan dalam kehidupan,semoga hidup dipenuhi rahmat dan mendapat barakah didalam kehidupan.Amin

Jazakallahukhairankasiraa.